Pages

20130314

Pil Progesterex, Perempuan Dirogol Lima Lelaki Di Singapura dan Tidak Akan Mengandung Sampai Bila-bila

Assalamualaikum wbt. I'lam.
Arakian, tersebar artikel mengenai kejadian seorang wanita yang dirogol lima lelaki di sebuah kelab malam di Singapura setelah diberikan minuman yang dicampur pil  rohypnol dan progestrex.
Contoh matan artikel:


Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan.Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil “mencuci” yang kecil.
Dad…ah [sic] tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian “mencuci” mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk “mencuci” haiwan besar.

Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah “Dating” dan rogol.

Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.
Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan “mencuci” agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian.

Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.
Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda.

Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA.
Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.

Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja.

Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.-Informasi

Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah “Dating” dan rogol.
Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan “mencuci” agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian.
Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda.
Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA.Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.
Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja.
Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.-Informasi
Adapun sebenarnya kisah ini adalah hasil transliterasi dari artikel bahasa Inggeris. Contoh matan artikel bahasa Inggeris:
A woman at a Singapore nightclub on Saturday night was taken by 5 men, who according to hospital and police reports, gang raped her before dumping her .Unable to remember the events of the evening,tests later confirmed the repeat rapes along with traces of rohypnol in her blood, Progesterex,that is an essentially a small sterilization pill.The drug is now being used by rapists at parties to rape AND sterilize their victims.Progesterex is available to vets to sterilize large animals. Rumour has it that the Progesterex is being used together with Rohypnol, the date rape drug. As with Rohypnol, all they have to do is drop it into the girl's drink. The girl can't remember a thing the next morning, of all that had taken place the night before.Progesterex, which dissolves in drinks just as easily, is such that the victim doesn't conceive from the rape and the rapist needn't worry about having a paternity test identifying him months later.The drug's effects ARE NOT TEMPORARY - They are P*E*R*M*A*N*E*N*TProgesterex was designed to sterilize horses. Any female who takes it WILL NEVER BE ABLE TO CONCEIVE. The weasels can get this drug from anyone who is in the vet school or any university. It's that easy,and Progesterex is about to break out big on campuses everywhere.Believe it or not, there are even sites on the Internet telling people how to use it. Please forward this to everyone you know, especially girls. Be careful when you're out and don't leave your drink unattended. Please make the effort to forward this on to all you know...Guys, please inform all your female friends and relatives.PLEASE PASS THIS

Ia mempunyai banyak versi yang berbeza.

Secara ringkasnya, dadah Progesterex tidak pernah wujud. Artikel ini adalah tahyul semata-mata. Artikel ni sebenarnya dah lama beredar, sejak dari zaman sebelum Facebook wujud lagi iaitu sekitar tahun 1999. Tidak perlu nak cerita panjang kerana telah ada laman web lain yang menyangkal dakwaan artikel tersebut. Sebagai contoh boleh semak di urbanlegends.about.com atau di hoax-slayer.com (ada beberapa pautan link pada web berkenaan yang tidak lagi berfungsi).

Adapun dengan itu, tidaklah ketahyulan artikel ini dijadikan sebab untuk anak muda mudi, gadis sunti, anak dara, wanita bermaruah, perempuan yang ada harga diri (bahkan lelaki juga) untuk bermudah-mudah dalam menjaga keselamatan diri. Ingatlah, tiadalah seorang gadis suci dan perempuan ebriman itu mendekati kelab-kelab malam dan kawasan yang terpencil atau ditempat-tempat yang mendedahkan diri mereka pada bahaya, dan dosa-dosa kepada Allah swt.

Sekian laporan saya pada kali ini. Kembali ke Bilik Berita.

20130310

Pope Benedict XVI Masuk Islam?

Assalamualaikum wbt. I'lam.

Arakian tersebar artikel mengenai Paus Benedict XVI berhenti jadi Pope sebab memeluk Islam. Matan artikel:
Gambar yang memberitahu perihal Benedict masuk Islam, sumber Facebook.

Dead Seriousness News: Pope Benedict XVI Resigns Papacy, Converts To IslamHOLY SEE – In a shocking press conference Sunday, Pope Benedict XVI revealed to the world that he will be stepping down from the Catholic Church’s highest office. “Through prayer and reflection over the past years,” the world’s holiest man began, “I’ve realized that Allah is the one true God.”
Amid clattering camera shutters and roaring reporters, Pope Benedict patiently answered questions, citing traditional Muslim folklore as well as passages from the Qur’an to explain his decision. His session was interrupted only once, when he swiveled South-East to face Mecca, stooped to the ground, and recited the Asr, one of the five daily prayers central to Muslim belief.
The startling reversal comes as a shock to many familiar with the Pope’s policies on Islam. “Show me just what Muhammad brought that was new and there you will find things only evil and inhuman, such as his command to spread by the sword the faith he preached,” the Bishop of the Vatican famously said of Islam in his 2006 lecture Faith, Reason and the University—Memories and Reflections.
When asked about the quote, Pope Benedict sighed with good-humored remorse and chuckled quietly to himself: “Yeah I’ve regretted that for some time. But I was young and naïve… I see things much clearer now. Besides, I’ve always kinda liked the thought of having a sword. The Cardinals were a real pain on that one.”
When asked whether he would be reverting to his born name, Pope Benedict enthusiastically interjected. “I’ve decided to change my name to Sajjad Sayyid Ratzinger,” His Ex-Holiness explained. “I’m keeping my surname purely for logistical reasons, so my Facebook friends and Twitter followers won’t be confused.”
His transition hasn’t been without opposition. Hours after the press conference, a special Fox and Friends segment aired on FOXNEWS, featuring a picture of the Pope photoshopped to include stereotypical Islāmic features, including: a turban in place of his mitre, darkened complexion, black hair, and Arabic letters spelling out an endorsement of Barack Hussein Obama tattooed across his chest. Beneath the picture, the panel discussed the possible involvement of Pope Benedict XVI, 85, in 9/11. The segment’s title, “The Holy Heathen,” emblazoned the lower left corner of the screen.
This morning, newspapers nationwide featured an editorial by Bill O’Reilly detailing the parallels between the Pope’s “betrayal of God-loving Christians everywhere” with the “betrayal of the American people and the Constitution by Benedict Arnold, his liberal agenda, and his radical left-wing entourage.”
Artikel ni asal daripada laman web deadseriousness.com. Ini artikel dari laman web yang sama mengenai kejadian meteor di Russia tempohari. Ini pula mengenai Kongres Amerika Syarikat melakukan tarian Harlem Shake. Dan ini pula mengenai kisah seorang wanita melihat hantu, juga di Amerika Syarikat. Kenapa aku beritahu semua ni? Sila baca artikel yang aku beri tu. Baca lah dulu. Dah baca? OK sekarang lihat nama website tersebut. Dead Seriousness News.

Apa kesimpulannya? Laman web tersebut adalah laman web troll, suka-suka dan bukannya berdasarkan realiti ataupun laman web agensi berita. Itu tahap laman web yang diulas dengan kaki. Nak percaya ke?

Apakah sebegini gullible umat Islam hari ni?  Selalu baca cerita parody, gelak-gelakkan umat Islam lain sampai lupa yang mana betul yang mana troll? Apakah tak cukup kisah aneh Neil Armstrong, Cousteau tak pun Wong Fei Hung masuk Islam? :'(

20130227

Berhati-hati Dengan Panggilan +375, +371 atau 081

Assalamualaikum wbt. I'lam.

Baru-baru ni tersebar isu nombor yang pangkalnya +375, +371 atau 081 yang dikatakan jika membuat panggilan ke nombor-nombor tersebut, anda bukan sahaja dicaj sebanyak $15-$30, bahkan juga semua maklumat akaun bank dan senarai contact akan disalin dalam masa tiga saat. Contoh sebaran berita tersebut seperti di bawah:

Betul atau tidak?
Contoh matan berita:
[Ada orang yang menerima panggilan dari +375602605281, +37127913091 atau sebarang nombor yang bermula dengan +375 atau +371 atau 081, hanya satu deringan dan terus putus dengan meninggalkan pesanan "missed call". Jika anda membuat panggilan semula ke nombor tersebut, anda akan dicas sebanyak $15-$30, dan semua senarai contact akan disalin dalam masa 3 saat. Jika anda mempunyai maklumat akaun bank dalam telefon pintar anda, mereka boleh menyalinnya. Kod +375 dari Belarus dan kod +371 dari Latvia. Jangan jawab atau panggil balik nombor-nombor tersebut. Tolong hantar dan kongsi maklumat ini dengan rakan dan keluarga anda]
Benar atau tidak perkhabaran ini memanda mentri?

Separuh benar Tuanku. Berita ni sebenarnya terjemahan dari bahasa Inggeris dengan sedikit penambahan. Contoh matan:

People have been receiving calls from +375602605281, +37127913091 or any number starting with a +375, or +371 number.
One ring & and they hang up, leaving a missed call message. . If you call back it's one of those numbers that are charged $15-$30 & they can copy your contact list in 3 sec. If you have bank or credit card details on your phone, they can copy that too. +375 is from Belarus and Afghanistan.. 371 is code for Latvia...
Don't answer or call back.
Please FORWARD AND SHARE this to your friends and family.

Perbezaannya cuma pernambahan nombor 081 dalam senarai nombor yang terbabit.

Sebenarnya ia dah diselidik oleh beberapa laman web yang menumpukan kepada pengesahan artikel dan khabar yang disebarluas. Umpamanya snopes.com dan juga hoax-slayer.com. Kesemuanya menafikan kebenaran berita ini. Yang dikatakan separuh benar ialah bila anda menelefon orang, dan orang menjawab telefon tesebut, memanglah kena caj. Tetapi kadar panggilan berbeza-beza mengikut lokasi dan penyedia khidmat telefon pengguna. Tengok dalam matan bahasa Melayu kat atas, kadar telefon langsung tak diubah ($15-$30), bahkan mengekalkan simbol matawang ($ berbanding RM). Sila rujuk laman tersebut untuk maklumat lanjut. Tak payahlah nak tulis panjang-panjang sebab dah ada yang beri komentarnya.

Sekian. Terima kasihan.



20120514

Kucing Tak Boleh Minum Susu

Assalamualaikum wbt.

Lama dah terbengkalai blog ni. Untuk menghidupkannya semula, dititipkan sebuah bacaan ringkas kenapa kita tak patut beri kucing minum susu (susu lembu). Bagi yang belum tahu, sekarang anda dah tahu hehe.
  1. Kebanyakkan kucing adalah lactose intolerance, satu keadaan dimana kucing tak mampu nak hadam laktosa (sebab kekurangan enzim lactase) yang ada dalam susu tersebut.
  2. Bila kucing ni minum susu, laktosa (sejenis gula ringkas: glukosa+galaktosa) ni tak dicernakan, lepas tu terus ke bahagian usus dan serap air, selain bakteria dalam usus akan proses laktosa ni kepada bahan yang lain. 
  3. Benda-benda ni menyebabkan kucing muntah, sakit perut, ataupun biasanya cirit-birit.
  4. Kasein (sejenis protein dalam susu) juga boleh menghalang penyerapan bahan nutrien yang lain.
  5. Air kosong dah cukup nak bagi kucing minum.
  6. Tak payahlah nak bermewah-mewah kasi minum susu Enfragrow A+, susu HL, air teh tarik ke apa semua mengarut tu.
Itu kebanyakkan kucing, kalau kucing saya bukan laktose-intolerant, maknanya boleh kasi minum susu la kan?
  1. Walaupun si comel kita ni boleh minum susu (kalau nak tahu dia boleh handle susu ke tak, kasi dia minum dalam satu ke dua sudu susu, pastu tengok esok dia sihat walafiat ke atau dok bermuram durja), kucing tak perlu susu pun, lagi-lagi susu lembu, kambing, manusia dan sebagainya.
  2. Dia ni macam cikedis je bagi kucing. Takde manfaat pun. Nak kasi boleh, tapi jangan selalu.
Habis tu anak kucing tak payah susu?
  1. Anak kucing yang baru lahir memang kena minum susu, tapi susu ibunya lah, bukan susu ibu lembu.
  2. Kalau anak kucing tu anak yatim, bagilah susu formula khas untuk kucing. Ada jual kat kedai pets takpun kat doktor veterinar.
  3. Susu khas untuk kucing ni bolehlah dibagi pada kucing dewasa jugak, kalau tuannya dah meroyan mengidam sangat nak bagi kucing minum susu.
Kesimpulan, janganlah bagi kucing makan benda-benda merapu yang bukan makanan kucing. Coklat, keju, air kopi, apa semua tu untuk manusia, bukan kucing. Kucing makan makanan kucing. Kucing ni makhluk bernyawa, jangan menzalimi dia. Berdosa buat kucing sakit. :)

Rujukan (Semua diakses pada 14 Mei 2012):


20120206

Cinta Yang Kesian: A Tribute to (Cuti) Maulidurasul

Assalamualaikum wbt dan salam revolusi. I'lam.
Kata yang terucap, tapi tak pernah meresap kedalam hati...



Tak Kenal Maka Tak Cinta beb
Kalau nak cintakan seseorang, kena kenallah dahulu siapa empunya diri yang ingin dicintai, betul tak?

Peliklah kalau ada member cakap "Aku cintakan Sarah." Tapi bila ditanya siapakah Sarah itu, dia leh lak jawab, "Ntah. Siapa tah. Aku main cakap je. Aku tak kenal pun siapa Sarah. Seumur hidup aku pun tak pernah jumpa orang bernama Sarah. Tak boleh ke aku jatuh cinta dengan seseorang yang aku tak pernah tahu siapa dia?"

Macam tu jugak, mulut duk manis berkata "Aku cintakan Nabi Muhammad SAW." Tapi sedalam mana aku kenal Baginda SAW? Adakah ucapan "Aku cintakan Nabi" itu hanya satu ungkapan yang tak bererti, hanya ucapan yang terhad di celah kerongkong dan tidak pernah sampai kedalam hati? Sekadar ungkapan formaliti yang tidak pernah aku maksudkan, seperti mengucapkan "Assalamualaikum (salam sejahtera)" kepada musuh ketat dunia akhirat?




Bila Bercinta, Bukan Main Lagi Eh
Kalau orang tengah hawt bercinta, setiap minit nak dengar suaranya, setiap detik menunggu SMSnya, setiap saat nak calling-calling dengannya. Sanggup meredah hujan dan banjir sebab nak jumpa dia. Sanggup berabis duit sebab nak bayar bil telefon, minyak petrol, dating, set rambut, baju, etc. Tak payah nak dengar suara dia, dengar orang sebut nama dia pun dah berbunga rasa hati ini. dengar orang berkata tentang model kereta yang dipakainya pun dah rasa bahagia satu hari. Gila meroyan punya cinta.

Aku kata aku sayang Nabi, tapi bila aku dengar orang menyebut namanya, kenapa aku tak rasa apa-apa? Kenapa nak sambut selawat pun malas? Kenapa rasa ralat macam mahal sangat kalau nak beli kitab Syamail, Sirah Liibnu Hisyam ataupun Raheeq al-Maktum?



Mujur Ada Hari Maulidurasul
Mujurlah, kat Malaysia ni, setidak-tidaknya ada satu hari cuti dalam setahun yang mengingatkan aku kepada Baginda Nabi SAW. Terbaca jugaklah sedikit artikel pasal sirah Nabi SAW (walaupun cuma membaca tajuknya sahaja) masa belek-belek akhbar nak tengok gosip artis dan kata-kata keji politikus terkini. Terdengar jugaklah ceramah kat TV pasal perjuangan Nabi SAW (walaupun dengar dalam dua ke tiga saat max) masa mencari-cari program TV yang best ketika drama TV swasta tengah iklan. Terpandang jugaklah kain rentang tentang program yang akan dijalankan ketika sambutan Maulidurrasul masa tengah cari parking nak beli pisang goreng kat tepi pasar.

Walaupun itu jauh daripada mencukupi, setidaknya ia mengingatkan aku "Oh, hari esok cuti Maulidurrasul." Mujur ada cuti Maulid Nabi. Kalau takde, entah ingat atau tidak aku kepada Baginda SAW.



Aku Dah Tau Plotnya. Bosanlah
Setiap kali bila ada program ceramah pasal Maulidurrasul, misty ada yang menceritakan pasal sirah Nabi SAW. Misty ada artikel yang mengisahkan tentang perjalanan hidup Baginda SAW. Tapi kenapa, kenapa bila ada yang menceritakan tentang kisah hidup kekasih hati ini, yang menceritakan tentang kisah perjuangan kekasih Allah ini, reaksi pertama aku adalah, "Hmmm..aku dah tau cerita ni. Kat sekolah dulu pun dah belajar. Bosanlah cerita yang sama je."

Mungkin, mungkin, dan mungkin bukan kerana ceritanya, tapi kerana cara penyampaiannya yang membosankan, tetapi adakah ia sentiasa salah si tukang cerita yang tak pandai bercerita?

Kenapa aku tak merasa teruja, sepertimana terujanya aku melihat berkali-kali cerita trilogi Lord Of The Ring, melayan anime One Piece, Dragon Ball Z mahupun Doraemon, sabar menunggu cerita Kamen Rider, Running Man atau membaca berulang kali majalah Apo?, novel War And Peace, Hatiku Di Harajuku mahupun cerita rakyat Pak Pandir dan rakan-rakan?

Aku rasa bosan, and yet dengan mudah aku mendakwa, "Aku cintakan Nabi SAW."?



Realiti Kepada Sebuah Percintaan
Betapa kejamnya aku untuk berkata aku cintakan Baginda, sedangkan apa yang aku lakukan dan apa yang tersirna disebalik reaksi aku, menunjukkan aku tak pernah sayangkan Nabi, tak pernah bersungguh nak ambil tahu, let alone cintakan Baginda SAW.

Rasulullah SAW telah memberi sebuah cinta yang agung kepada umatnya, namun aku sebagai umatnya telah menolak cinta tersebut.

Kasihannya aku kerana buta untuk menyedari cinta yang agung ini,
Kasihannya aku kerana buta dalam menolak cinta yang agung ini,
Kasihannya aku kerana hanya mengingatinya setahun sekali,
Kasihannya aku!

Aku yang kesian. Jangan jadi macam aku.

Kesian. Terima kasihan.

20120125

Bahaya Makan Udang + Vit. C [Khurafat]

Assalamualaikum wbt. I'lam.


Ni pasal cerita bahaya makan udang jika amalkan makan vitamin C. Ingatkan dah padam, tapi timbul balik.

Bagi yang malas baca, artikel ini adalah PALSU, KHURAFAT dan SESAT!
Sekian terima kasih. Jangan dok sebar, nanti dapat dosa bersubahat dalam menipu.

Cerita lama tak dapat kesan, tapi lebih kurang je matan dia macam kat bawah ni:
Seorang wanita tiba-tiba mati dengan tidak disangka-sangka dengan tanda-tanda pendarahan dari telinga, hidung, mulut & mata. Selepas bedah siasat awal ia disahkan bahawa kematian disebabkan keracunan arsenik.
Dari manakah arsenik yang datang?
Polis melancarkan siasatan secara mendalam dan meluas. Seorang profesor institusi perubatan telah dijemput untuk datang membantu menyelesaikan kes itu. Profesor dengan berhati-hati melihat kandungan dari < h [sic]. Dalam kurang dari setengah jam, misteri itu dapat diselesaikan. Profesor itu berkata: 'simati tidak membunuh diri atau dibunuh, beliau meninggal dunia akibat kemalangan dari kejahilan!'
Semua orang hairan, mengapa kematian akibat kemalangan dari kejahilan?
Profesor itu menjelaskan: 'arsenik dihasilkan dalam perut si mati.' Si mati yang mengamalkan pengambilan Vitamin C setiap hari, yang dengan sendirinya tidak menjadi masalah. Masalahnya ialah bahawa dia makan sebahagian besar udang semasa makan malam. Makan udang tidak mendatangkan masalah dan tiada apa yang berlaku kepada keluarganya walaupun mereka telah sama-sama udang. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama si mati juga mengambil vitamin C ', itulah yang mendatangkan masalah!
Penyelidik di University of Chicago di Amerika Syarikat, mendapati selepas melalui uji kaji, makanan yang seperti kekerang lembut (shell) mengandungi kepekatan yang lebih tinggi lima sebatian arsenik kalium.
Makanan itu segar dengan sendirinya tidak mempunyai kesan toksik terhadap tubuh manusia.
Walau bagaimanapun, dalam mengambil vitamin C, tindak balas kimia berlaku dan asal unsur-unsur bukan toksik berubah kepada unsur-unsur toksik.
Keracunan arsenik mempunyai peranan magma dan boleh menyebabkan kelumpuhan kepada saluran darah yang kecil. Oleh itu, orang yang mati akibat keracunan arsenik akan menunjukkan tanda-tanda pendarahan dari telinga, hidung, mulut & mata. Oleh itu sebagai langkah berjaga-jaga, JANGAN makan udang apabila mengambil vitamin C.

Rupa-rupanya ada versi bahasa Inggeris:
Taiwan, a woman suddenly died unexpectedly with signs of bleeding from her ears, nose, mouth & eyes. After a preliminary autopsy it was diagnosed death due to arsenic poisoning death. Where did the arsenic come from?
The police launched an in-depth and extensive investigation. A medical school professor was invited to come to solve the case.
The professor carefully looked at the contents from the deceased’s stomach, in less than half an hour, the mystery was solved. The professor said: ‘The deceased did not commit suicide and neither was she murdered, she died of accidental death due to ignorance!’
Everyone was puzzled, why accidental death? The arsenic is of the U.S.
military for carrying rice seedlings H Gao. The professor said: ‘The arsenic is produced in the stomach of the deceased.’ The deceased used to take ‘Vitamin C’ everyday, which in itself is not a problem. The problem was that she ate a large portion of shrimp/prawn during dinner. Eating shrimp/prawn is not the problem that’s why nothing happened to her family ever though they took the same shrimp/prawn.
However at the same time the deceased also took ‘vitamin C’, that is where the problem is!
Researchers at the University of Chicago in the United States , found through experiments, food such as soft-shell shrimp/prawn contains a much higher concentration of – five potassium arsenic compounds.
Such fresh food by itself has no toxic effects on the human body!
However, in taking ‘vitamin C’, due to the chemical reaction, the original non-toxic – five potassium arsenic (As anhydride, also known as arsenic oxide, the chemical formula for As205) changed to a three potassium toxic arsenic (ADB arsenic anhydride), also known as arsenic trioxide, a chemical formula (As203), which is commonly known as arsenic to the public!
Arsenic poisoning have magma role and can cause paralysis to the small blood vessels, “mercapto Jimei”??, inhibits the activity of the liver and fat necrosis change Hepatic Lobules Centre, heart, liver, kidney, intestine congestion, epithelial cell necrosis, telangiectasia.
Therefore, a person who dies of arsenic poisoning will shows signs of bleeding from the ears, nose, mouth & eyes.
Therefore; as a precautionary measure,
DO NOT not take shrimp/prawn when taking ‘vitamin C’.

Bagi yang nak tahu hujahnya, ada banyak benda yang boleh membuktikan ia palsu. Berikut merupakan beberapa hujahnya (yang versi bahasa Inggeris dah di-busted-kan pun oleh Snopes.com):

1. Simptom keracunan arsenik:
Seorang wanita tiba-tiba mati dengan tidak disangka-sangka dengan tanda-tanda pendarahan dari telinga, hidung, mulut & mata. Selepas bedah siasat awal ia disahkan bahawa kematian disebabkan keracunan arsenik.
Keracunan arsenik mempunyai peranan magma dan boleh menyebabkan kelumpuhan kepada saluran darah yang kecil. Oleh itu, orang yang mati akibat keracunan arsenik akan menunjukkan tanda-tanda pendarahan dari telinga, hidung, mulut & mata.

("magma role" dia direct translate jadi "peranan magma". Nasiblah jumpa yang bahasa Inggeris punya artikel. Kalau tak dah pening baca "peranan magma" tu)

Apa simptom keracunan arsenik? Tengok kat bawah ni [1]:

  • Acute severe arsenic poisoning
    • Vital signs - Tachycardia and hypotension, even shock
    • CNS - Altered mental status, delirium, coma, and seizures (acute encephalopathy)
    Frequently, patients exposed to arsenic have a garlic smell to their breath and tissue fluids.
    In trivalent arsenic poisoning, clinical effects depend on the chronicity of exposure.
    • Acute exposures generally manifest with the cholera-like gastrointestinal symptoms of vomiting (often times bloody) and severe diarrhea (which may be rice-watery in character and often bloody); these patients will experience acute distress, dehydration (often), and hypovolemic shock.
    • Chronic toxicity is more insidious and may manifest as a classical dermatitis (hyperkeratosis with a classical "dew drops on a dusty road" appearance) or peripheral neuropathy (usually a painful paresthesia that is symmetrical and stocking-glove in distribution).
    • Also, whitish lines (Mees lines) that look much like traumatic injuries are found on the fingernails.
    • Multiple reports of cardiac arrhythmias exist in the literature. Reports of prolongation of the QT and ventricular fibrillation after acute arsenic intoxication make careful attention to cardiac status imperative.
    • Chronic hepatic and renal damage is common with chronic exposure.
    Arsine gas exposure manifests with an acute hemolytic anemia and striking chills. Hemoglobinuria causes the urine to appear black, and the patient becomes rapidly obtunded and shocky. Shaking chills are often described in these patients.

 2. Kandungan arsenik dalam udang dan tindakbalas vitamin C ke atas organic arsenic--> inorganic arsenic.
Berapa banyak arsenik ada dalam udang? Berapa banyak dos arsenik yang diperlukan untuk bunuh seseorang? Apa tindakbalas organic arsenic+vitamin C ---> inorganic arsenic?
Den malas nak cari sebab tau benda ni tipu. Check la kat Neff (1996) takpun kat Argonne National Laboratory (2005) ke tak pun kat tempat-tempat lain.

Jangan le suka-suka dok share benda tipu ni. Dosa kot sebar benda tipu.




20120119

Novel Bertajuk Cogito Allah Sum

Assalamualaikum wbt. I'lam.

Tajuk novel ni, pada hematku adalah sangat membahayakan dan boleh membawa kepada syirik jika ditafsir secara harfiah. Mungkin pihak berkuasa yang berkenaan terlepas pandang maksud disebalik tajuk novel ni.