Pages

20120514

Kucing Tak Boleh Minum Susu

Assalamualaikum wbt.

Lama dah terbengkalai blog ni. Untuk menghidupkannya semula, dititipkan sebuah bacaan ringkas kenapa kita tak patut beri kucing minum susu (susu lembu). Bagi yang belum tahu, sekarang anda dah tahu hehe.
  1. Kebanyakkan kucing adalah lactose intolerance, satu keadaan dimana kucing tak mampu nak hadam laktosa (sebab kekurangan enzim lactase) yang ada dalam susu tersebut.
  2. Bila kucing ni minum susu, laktosa (sejenis gula ringkas: glukosa+galaktosa) ni tak dicernakan, lepas tu terus ke bahagian usus dan serap air, selain bakteria dalam usus akan proses laktosa ni kepada bahan yang lain. 
  3. Benda-benda ni menyebabkan kucing muntah, sakit perut, ataupun biasanya cirit-birit.
  4. Kasein (sejenis protein dalam susu) juga boleh menghalang penyerapan bahan nutrien yang lain.
  5. Air kosong dah cukup nak bagi kucing minum.
  6. Tak payahlah nak bermewah-mewah kasi minum susu Enfragrow A+, susu HL, air teh tarik ke apa semua mengarut tu.
Itu kebanyakkan kucing, kalau kucing saya bukan laktose-intolerant, maknanya boleh kasi minum susu la kan?
  1. Walaupun si comel kita ni boleh minum susu (kalau nak tahu dia boleh handle susu ke tak, kasi dia minum dalam satu ke dua sudu susu, pastu tengok esok dia sihat walafiat ke atau dok bermuram durja), kucing tak perlu susu pun, lagi-lagi susu lembu, kambing, manusia dan sebagainya.
  2. Dia ni macam cikedis je bagi kucing. Takde manfaat pun. Nak kasi boleh, tapi jangan selalu.
Habis tu anak kucing tak payah susu?
  1. Anak kucing yang baru lahir memang kena minum susu, tapi susu ibunya lah, bukan susu ibu lembu.
  2. Kalau anak kucing tu anak yatim, bagilah susu formula khas untuk kucing. Ada jual kat kedai pets takpun kat doktor veterinar.
  3. Susu khas untuk kucing ni bolehlah dibagi pada kucing dewasa jugak, kalau tuannya dah meroyan mengidam sangat nak bagi kucing minum susu.
Kesimpulan, janganlah bagi kucing makan benda-benda merapu yang bukan makanan kucing. Coklat, keju, air kopi, apa semua tu untuk manusia, bukan kucing. Kucing makan makanan kucing. Kucing ni makhluk bernyawa, jangan menzalimi dia. Berdosa buat kucing sakit. :)

Rujukan (Semua diakses pada 14 Mei 2012):


20120206

Cinta Yang Kesian: A Tribute to (Cuti) Maulidurasul

Assalamualaikum wbt dan salam revolusi. I'lam.
Kata yang terucap, tapi tak pernah meresap kedalam hati...



Tak Kenal Maka Tak Cinta beb
Kalau nak cintakan seseorang, kena kenallah dahulu siapa empunya diri yang ingin dicintai, betul tak?

Peliklah kalau ada member cakap "Aku cintakan Sarah." Tapi bila ditanya siapakah Sarah itu, dia leh lak jawab, "Ntah. Siapa tah. Aku main cakap je. Aku tak kenal pun siapa Sarah. Seumur hidup aku pun tak pernah jumpa orang bernama Sarah. Tak boleh ke aku jatuh cinta dengan seseorang yang aku tak pernah tahu siapa dia?"

Macam tu jugak, mulut duk manis berkata "Aku cintakan Nabi Muhammad SAW." Tapi sedalam mana aku kenal Baginda SAW? Adakah ucapan "Aku cintakan Nabi" itu hanya satu ungkapan yang tak bererti, hanya ucapan yang terhad di celah kerongkong dan tidak pernah sampai kedalam hati? Sekadar ungkapan formaliti yang tidak pernah aku maksudkan, seperti mengucapkan "Assalamualaikum (salam sejahtera)" kepada musuh ketat dunia akhirat?




Bila Bercinta, Bukan Main Lagi Eh
Kalau orang tengah hawt bercinta, setiap minit nak dengar suaranya, setiap detik menunggu SMSnya, setiap saat nak calling-calling dengannya. Sanggup meredah hujan dan banjir sebab nak jumpa dia. Sanggup berabis duit sebab nak bayar bil telefon, minyak petrol, dating, set rambut, baju, etc. Tak payah nak dengar suara dia, dengar orang sebut nama dia pun dah berbunga rasa hati ini. dengar orang berkata tentang model kereta yang dipakainya pun dah rasa bahagia satu hari. Gila meroyan punya cinta.

Aku kata aku sayang Nabi, tapi bila aku dengar orang menyebut namanya, kenapa aku tak rasa apa-apa? Kenapa nak sambut selawat pun malas? Kenapa rasa ralat macam mahal sangat kalau nak beli kitab Syamail, Sirah Liibnu Hisyam ataupun Raheeq al-Maktum?



Mujur Ada Hari Maulidurasul
Mujurlah, kat Malaysia ni, setidak-tidaknya ada satu hari cuti dalam setahun yang mengingatkan aku kepada Baginda Nabi SAW. Terbaca jugaklah sedikit artikel pasal sirah Nabi SAW (walaupun cuma membaca tajuknya sahaja) masa belek-belek akhbar nak tengok gosip artis dan kata-kata keji politikus terkini. Terdengar jugaklah ceramah kat TV pasal perjuangan Nabi SAW (walaupun dengar dalam dua ke tiga saat max) masa mencari-cari program TV yang best ketika drama TV swasta tengah iklan. Terpandang jugaklah kain rentang tentang program yang akan dijalankan ketika sambutan Maulidurrasul masa tengah cari parking nak beli pisang goreng kat tepi pasar.

Walaupun itu jauh daripada mencukupi, setidaknya ia mengingatkan aku "Oh, hari esok cuti Maulidurrasul." Mujur ada cuti Maulid Nabi. Kalau takde, entah ingat atau tidak aku kepada Baginda SAW.



Aku Dah Tau Plotnya. Bosanlah
Setiap kali bila ada program ceramah pasal Maulidurrasul, misty ada yang menceritakan pasal sirah Nabi SAW. Misty ada artikel yang mengisahkan tentang perjalanan hidup Baginda SAW. Tapi kenapa, kenapa bila ada yang menceritakan tentang kisah hidup kekasih hati ini, yang menceritakan tentang kisah perjuangan kekasih Allah ini, reaksi pertama aku adalah, "Hmmm..aku dah tau cerita ni. Kat sekolah dulu pun dah belajar. Bosanlah cerita yang sama je."

Mungkin, mungkin, dan mungkin bukan kerana ceritanya, tapi kerana cara penyampaiannya yang membosankan, tetapi adakah ia sentiasa salah si tukang cerita yang tak pandai bercerita?

Kenapa aku tak merasa teruja, sepertimana terujanya aku melihat berkali-kali cerita trilogi Lord Of The Ring, melayan anime One Piece, Dragon Ball Z mahupun Doraemon, sabar menunggu cerita Kamen Rider, Running Man atau membaca berulang kali majalah Apo?, novel War And Peace, Hatiku Di Harajuku mahupun cerita rakyat Pak Pandir dan rakan-rakan?

Aku rasa bosan, and yet dengan mudah aku mendakwa, "Aku cintakan Nabi SAW."?



Realiti Kepada Sebuah Percintaan
Betapa kejamnya aku untuk berkata aku cintakan Baginda, sedangkan apa yang aku lakukan dan apa yang tersirna disebalik reaksi aku, menunjukkan aku tak pernah sayangkan Nabi, tak pernah bersungguh nak ambil tahu, let alone cintakan Baginda SAW.

Rasulullah SAW telah memberi sebuah cinta yang agung kepada umatnya, namun aku sebagai umatnya telah menolak cinta tersebut.

Kasihannya aku kerana buta untuk menyedari cinta yang agung ini,
Kasihannya aku kerana buta dalam menolak cinta yang agung ini,
Kasihannya aku kerana hanya mengingatinya setahun sekali,
Kasihannya aku!

Aku yang kesian. Jangan jadi macam aku.

Kesian. Terima kasihan.

20120125

Bahaya Makan Udang + Vit. C [Khurafat]

Assalamualaikum wbt. I'lam.


Ni pasal cerita bahaya makan udang jika amalkan makan vitamin C. Ingatkan dah padam, tapi timbul balik.

Bagi yang malas baca, artikel ini adalah PALSU, KHURAFAT dan SESAT!
Sekian terima kasih. Jangan dok sebar, nanti dapat dosa bersubahat dalam menipu.

Cerita lama tak dapat kesan, tapi lebih kurang je matan dia macam kat bawah ni:
Seorang wanita tiba-tiba mati dengan tidak disangka-sangka dengan tanda-tanda pendarahan dari telinga, hidung, mulut & mata. Selepas bedah siasat awal ia disahkan bahawa kematian disebabkan keracunan arsenik.
Dari manakah arsenik yang datang?
Polis melancarkan siasatan secara mendalam dan meluas. Seorang profesor institusi perubatan telah dijemput untuk datang membantu menyelesaikan kes itu. Profesor dengan berhati-hati melihat kandungan dari < h [sic]. Dalam kurang dari setengah jam, misteri itu dapat diselesaikan. Profesor itu berkata: 'simati tidak membunuh diri atau dibunuh, beliau meninggal dunia akibat kemalangan dari kejahilan!'
Semua orang hairan, mengapa kematian akibat kemalangan dari kejahilan?
Profesor itu menjelaskan: 'arsenik dihasilkan dalam perut si mati.' Si mati yang mengamalkan pengambilan Vitamin C setiap hari, yang dengan sendirinya tidak menjadi masalah. Masalahnya ialah bahawa dia makan sebahagian besar udang semasa makan malam. Makan udang tidak mendatangkan masalah dan tiada apa yang berlaku kepada keluarganya walaupun mereka telah sama-sama udang. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama si mati juga mengambil vitamin C ', itulah yang mendatangkan masalah!
Penyelidik di University of Chicago di Amerika Syarikat, mendapati selepas melalui uji kaji, makanan yang seperti kekerang lembut (shell) mengandungi kepekatan yang lebih tinggi lima sebatian arsenik kalium.
Makanan itu segar dengan sendirinya tidak mempunyai kesan toksik terhadap tubuh manusia.
Walau bagaimanapun, dalam mengambil vitamin C, tindak balas kimia berlaku dan asal unsur-unsur bukan toksik berubah kepada unsur-unsur toksik.
Keracunan arsenik mempunyai peranan magma dan boleh menyebabkan kelumpuhan kepada saluran darah yang kecil. Oleh itu, orang yang mati akibat keracunan arsenik akan menunjukkan tanda-tanda pendarahan dari telinga, hidung, mulut & mata. Oleh itu sebagai langkah berjaga-jaga, JANGAN makan udang apabila mengambil vitamin C.

Rupa-rupanya ada versi bahasa Inggeris:
Taiwan, a woman suddenly died unexpectedly with signs of bleeding from her ears, nose, mouth & eyes. After a preliminary autopsy it was diagnosed death due to arsenic poisoning death. Where did the arsenic come from?
The police launched an in-depth and extensive investigation. A medical school professor was invited to come to solve the case.
The professor carefully looked at the contents from the deceased’s stomach, in less than half an hour, the mystery was solved. The professor said: ‘The deceased did not commit suicide and neither was she murdered, she died of accidental death due to ignorance!’
Everyone was puzzled, why accidental death? The arsenic is of the U.S.
military for carrying rice seedlings H Gao. The professor said: ‘The arsenic is produced in the stomach of the deceased.’ The deceased used to take ‘Vitamin C’ everyday, which in itself is not a problem. The problem was that she ate a large portion of shrimp/prawn during dinner. Eating shrimp/prawn is not the problem that’s why nothing happened to her family ever though they took the same shrimp/prawn.
However at the same time the deceased also took ‘vitamin C’, that is where the problem is!
Researchers at the University of Chicago in the United States , found through experiments, food such as soft-shell shrimp/prawn contains a much higher concentration of – five potassium arsenic compounds.
Such fresh food by itself has no toxic effects on the human body!
However, in taking ‘vitamin C’, due to the chemical reaction, the original non-toxic – five potassium arsenic (As anhydride, also known as arsenic oxide, the chemical formula for As205) changed to a three potassium toxic arsenic (ADB arsenic anhydride), also known as arsenic trioxide, a chemical formula (As203), which is commonly known as arsenic to the public!
Arsenic poisoning have magma role and can cause paralysis to the small blood vessels, “mercapto Jimei”??, inhibits the activity of the liver and fat necrosis change Hepatic Lobules Centre, heart, liver, kidney, intestine congestion, epithelial cell necrosis, telangiectasia.
Therefore, a person who dies of arsenic poisoning will shows signs of bleeding from the ears, nose, mouth & eyes.
Therefore; as a precautionary measure,
DO NOT not take shrimp/prawn when taking ‘vitamin C’.

Bagi yang nak tahu hujahnya, ada banyak benda yang boleh membuktikan ia palsu. Berikut merupakan beberapa hujahnya (yang versi bahasa Inggeris dah di-busted-kan pun oleh Snopes.com):

1. Simptom keracunan arsenik:
Seorang wanita tiba-tiba mati dengan tidak disangka-sangka dengan tanda-tanda pendarahan dari telinga, hidung, mulut & mata. Selepas bedah siasat awal ia disahkan bahawa kematian disebabkan keracunan arsenik.
Keracunan arsenik mempunyai peranan magma dan boleh menyebabkan kelumpuhan kepada saluran darah yang kecil. Oleh itu, orang yang mati akibat keracunan arsenik akan menunjukkan tanda-tanda pendarahan dari telinga, hidung, mulut & mata.

("magma role" dia direct translate jadi "peranan magma". Nasiblah jumpa yang bahasa Inggeris punya artikel. Kalau tak dah pening baca "peranan magma" tu)

Apa simptom keracunan arsenik? Tengok kat bawah ni [1]:

  • Acute severe arsenic poisoning
    • Vital signs - Tachycardia and hypotension, even shock
    • CNS - Altered mental status, delirium, coma, and seizures (acute encephalopathy)
    Frequently, patients exposed to arsenic have a garlic smell to their breath and tissue fluids.
    In trivalent arsenic poisoning, clinical effects depend on the chronicity of exposure.
    • Acute exposures generally manifest with the cholera-like gastrointestinal symptoms of vomiting (often times bloody) and severe diarrhea (which may be rice-watery in character and often bloody); these patients will experience acute distress, dehydration (often), and hypovolemic shock.
    • Chronic toxicity is more insidious and may manifest as a classical dermatitis (hyperkeratosis with a classical "dew drops on a dusty road" appearance) or peripheral neuropathy (usually a painful paresthesia that is symmetrical and stocking-glove in distribution).
    • Also, whitish lines (Mees lines) that look much like traumatic injuries are found on the fingernails.
    • Multiple reports of cardiac arrhythmias exist in the literature. Reports of prolongation of the QT and ventricular fibrillation after acute arsenic intoxication make careful attention to cardiac status imperative.
    • Chronic hepatic and renal damage is common with chronic exposure.
    Arsine gas exposure manifests with an acute hemolytic anemia and striking chills. Hemoglobinuria causes the urine to appear black, and the patient becomes rapidly obtunded and shocky. Shaking chills are often described in these patients.

 2. Kandungan arsenik dalam udang dan tindakbalas vitamin C ke atas organic arsenic--> inorganic arsenic.
Berapa banyak arsenik ada dalam udang? Berapa banyak dos arsenik yang diperlukan untuk bunuh seseorang? Apa tindakbalas organic arsenic+vitamin C ---> inorganic arsenic?
Den malas nak cari sebab tau benda ni tipu. Check la kat Neff (1996) takpun kat Argonne National Laboratory (2005) ke tak pun kat tempat-tempat lain.

Jangan le suka-suka dok share benda tipu ni. Dosa kot sebar benda tipu.




20120119

Novel Bertajuk Cogito Allah Sum

Assalamualaikum wbt. I'lam.

Tajuk novel ni, pada hematku adalah sangat membahayakan dan boleh membawa kepada syirik jika ditafsir secara harfiah. Mungkin pihak berkuasa yang berkenaan terlepas pandang maksud disebalik tajuk novel ni.



20120114

Ribena di Malaysia Haram?



Assalamualaikum wbt.

Isu ni isu lama. Tapi timbul balik sebab ada yang up balik cerita lama tersebut, dan ada beberapa tokoh agama yang jatuhkan hukum haram terhadap minuman ini.

Entry ni berkisar pasal hukum haram Ribena sebab ada alkohol sahaja. Isu lain contohnya pasal dakwaan minuman tersebut ada berkali ganda vitamin C dll tak diambil kira.

Kali ni tulis dalam bentuk pdf, malas nak copy-paste kat sini. Format semua lari. Boleh baca kat link kat bawah ni:

  1. Google Docs
  2. Scribd (Bismillah dan selawat kat pautan ni error. Padahal upload dokumen yang sama)
Wallahua'lam.