Pages

20120206

Cinta Yang Kesian: A Tribute to (Cuti) Maulidurasul

Assalamualaikum wbt dan salam revolusi. I'lam.
Kata yang terucap, tapi tak pernah meresap kedalam hati...



Tak Kenal Maka Tak Cinta beb
Kalau nak cintakan seseorang, kena kenallah dahulu siapa empunya diri yang ingin dicintai, betul tak?

Peliklah kalau ada member cakap "Aku cintakan Sarah." Tapi bila ditanya siapakah Sarah itu, dia leh lak jawab, "Ntah. Siapa tah. Aku main cakap je. Aku tak kenal pun siapa Sarah. Seumur hidup aku pun tak pernah jumpa orang bernama Sarah. Tak boleh ke aku jatuh cinta dengan seseorang yang aku tak pernah tahu siapa dia?"

Macam tu jugak, mulut duk manis berkata "Aku cintakan Nabi Muhammad SAW." Tapi sedalam mana aku kenal Baginda SAW? Adakah ucapan "Aku cintakan Nabi" itu hanya satu ungkapan yang tak bererti, hanya ucapan yang terhad di celah kerongkong dan tidak pernah sampai kedalam hati? Sekadar ungkapan formaliti yang tidak pernah aku maksudkan, seperti mengucapkan "Assalamualaikum (salam sejahtera)" kepada musuh ketat dunia akhirat?




Bila Bercinta, Bukan Main Lagi Eh
Kalau orang tengah hawt bercinta, setiap minit nak dengar suaranya, setiap detik menunggu SMSnya, setiap saat nak calling-calling dengannya. Sanggup meredah hujan dan banjir sebab nak jumpa dia. Sanggup berabis duit sebab nak bayar bil telefon, minyak petrol, dating, set rambut, baju, etc. Tak payah nak dengar suara dia, dengar orang sebut nama dia pun dah berbunga rasa hati ini. dengar orang berkata tentang model kereta yang dipakainya pun dah rasa bahagia satu hari. Gila meroyan punya cinta.

Aku kata aku sayang Nabi, tapi bila aku dengar orang menyebut namanya, kenapa aku tak rasa apa-apa? Kenapa nak sambut selawat pun malas? Kenapa rasa ralat macam mahal sangat kalau nak beli kitab Syamail, Sirah Liibnu Hisyam ataupun Raheeq al-Maktum?



Mujur Ada Hari Maulidurasul
Mujurlah, kat Malaysia ni, setidak-tidaknya ada satu hari cuti dalam setahun yang mengingatkan aku kepada Baginda Nabi SAW. Terbaca jugaklah sedikit artikel pasal sirah Nabi SAW (walaupun cuma membaca tajuknya sahaja) masa belek-belek akhbar nak tengok gosip artis dan kata-kata keji politikus terkini. Terdengar jugaklah ceramah kat TV pasal perjuangan Nabi SAW (walaupun dengar dalam dua ke tiga saat max) masa mencari-cari program TV yang best ketika drama TV swasta tengah iklan. Terpandang jugaklah kain rentang tentang program yang akan dijalankan ketika sambutan Maulidurrasul masa tengah cari parking nak beli pisang goreng kat tepi pasar.

Walaupun itu jauh daripada mencukupi, setidaknya ia mengingatkan aku "Oh, hari esok cuti Maulidurrasul." Mujur ada cuti Maulid Nabi. Kalau takde, entah ingat atau tidak aku kepada Baginda SAW.



Aku Dah Tau Plotnya. Bosanlah
Setiap kali bila ada program ceramah pasal Maulidurrasul, misty ada yang menceritakan pasal sirah Nabi SAW. Misty ada artikel yang mengisahkan tentang perjalanan hidup Baginda SAW. Tapi kenapa, kenapa bila ada yang menceritakan tentang kisah hidup kekasih hati ini, yang menceritakan tentang kisah perjuangan kekasih Allah ini, reaksi pertama aku adalah, "Hmmm..aku dah tau cerita ni. Kat sekolah dulu pun dah belajar. Bosanlah cerita yang sama je."

Mungkin, mungkin, dan mungkin bukan kerana ceritanya, tapi kerana cara penyampaiannya yang membosankan, tetapi adakah ia sentiasa salah si tukang cerita yang tak pandai bercerita?

Kenapa aku tak merasa teruja, sepertimana terujanya aku melihat berkali-kali cerita trilogi Lord Of The Ring, melayan anime One Piece, Dragon Ball Z mahupun Doraemon, sabar menunggu cerita Kamen Rider, Running Man atau membaca berulang kali majalah Apo?, novel War And Peace, Hatiku Di Harajuku mahupun cerita rakyat Pak Pandir dan rakan-rakan?

Aku rasa bosan, and yet dengan mudah aku mendakwa, "Aku cintakan Nabi SAW."?



Realiti Kepada Sebuah Percintaan
Betapa kejamnya aku untuk berkata aku cintakan Baginda, sedangkan apa yang aku lakukan dan apa yang tersirna disebalik reaksi aku, menunjukkan aku tak pernah sayangkan Nabi, tak pernah bersungguh nak ambil tahu, let alone cintakan Baginda SAW.

Rasulullah SAW telah memberi sebuah cinta yang agung kepada umatnya, namun aku sebagai umatnya telah menolak cinta tersebut.

Kasihannya aku kerana buta untuk menyedari cinta yang agung ini,
Kasihannya aku kerana buta dalam menolak cinta yang agung ini,
Kasihannya aku kerana hanya mengingatinya setahun sekali,
Kasihannya aku!

Aku yang kesian. Jangan jadi macam aku.

Kesian. Terima kasihan.