Pages

20111109

Piring ASTRO Menghadap Kiblat



Assalamualaikum wbt dan salam revolusi. I'lam.
Arakian, cerita ni pasal piring parabola ASTRO menghadap kiblat yang membuktikan Mekah tu pusat bumi.
Ada beberapa versi tentang piring parabola hadap Kaabah ni. Semua lebih kurang je. Kesinambungan kepada artikel yang tak kurang femes di-share-kan ramai umat Islam, i.e. artikel 'Kaabah sebagai pusat Bumi'.

Contoh matan artikel:


BACA DAN CEK BETUL KE TAK PIRING ASTRO MENGADAP KIBLAT...


Betulkah Piring Astro Menghadap Kaabah?



Mungkin ada yang hairan dengan tajuk ni, adakah kebetulan ataupun memang benar-benar seperti yang dinyatakan. Apa-apa pun kita baca je lah fakta yang di copy paste ini.



Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit.



Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana? KENAPA BEGITU?



Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.



Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah. "Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.



"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh.. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat. Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.



"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.



Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini.

Kita lihat 'fakta' copy-paste ini satu persatu:

Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah.
Salah. Apa kaitan TV satelit dengan Kaabah? Orang Semenanjung mungkin jarang nampak, tapi kalau di Republik Sarawak, banyak rumah yang menggunakan TV satelit menggunakan 'antena' piring parabola yang jauh lebih besar daripada piring ASTRO (penggunaan bendalah ini di Semenanjung adalah tidak dibenarkan, tertakluk kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998). Dan kalau perhati, masa tengah cari signal, piring ini akan bergerak-gerak untuk mencari signal terbaik bagi sesuatu stesen TV. Ikut satelit, bukan ikut arah kiblat pun.

Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi.
Katakanlah Bumi ini sfera tepat (Bumi bukanlah perfect sphere, ia sebenarnya agak lonjong sedikit. Ukur lilit sepanjang Khatulistiwa lebih panjang daripada ukur lilit Kutub Utara-Kutub Selatan), jika pusat sfera ialah titik tengah antara diameternya, maka pusat Bumi ialah teras bumi.


Common sense. Pusat bagi sfera ialah titik tengahnya (d). Pusat Bumi ialah terasnya.

Macam mana boleh timbul keadaan satu koordinat pada permukaan sfera boleh menjadi titik tengah pada sfera tersebut?
Topik Mekah sebagai pusat Bumi akan dibincangkan lebih lanjut dalam entry 'Mekah Pusat Bumi' (tengah cari matan artikelnya, tak jumpalah pulak)

...[M]engesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek... dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah... Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat


Seriously, apa yang diperkatakan ni? Macam tengah tengok drama China tanpa subtitle. Tak tau nak tafsir macam mana. Radiasi? Infiniti? Alam Akhirat?

Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah.
Mengarut. Tengok rajah dibawah:
Tak kira dimana pun sepanjang medan magnet tersebut, takde yang dikatakan zon bebas magnet. Jarum kompas akan tetap tunjuk ke arah utara magnet. (Akan diterangkan dengan lebih mendalam dalam entry akan datang: Mekah Pusat Bumi)

Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.
Apa kaitan medan magnet dengan graviti bumi? cakap pasal magnet, tiba-tiba masuk cerita pasal graviti. Macam orang tengah cerita pasal Dragon Ball, tiba-tiba selit cerita Spongebob.
Apa pun, pada Mac 2009, sebuah satelit telah dilancarkan untuk mencerap kekuatan graviti Bumi yang akhirnya menjana 'peta' bagi medan graviti Bumi. Hasilnya:
Bacaan lanjut: European Space Agency

Mekah tidak mempunyai medan graviti terkuat, dan tidak pula terendah, dan tidak pula ditengah-tengah.

Aku rasa kalau yang buat artikel ni buat manga, mesti laku macam One Piece sebab jalan cerita dia sangat mengkagumkan! Penuh dramatik dan meyakinkan. Menangis penulis-penulis manga sebab tak terfikir jalan cerita sebegini.
Artikel ni banyak lompang-lompang. Tak tahulah samada ia memang dibuat untuk memperbodohkan umat Islam (trolling), atau ...

No comments:

Post a Comment

I stand corrected.