Pages

20111202

Surat JAKIM berkenaan HP Sauce & Tobasco

Assalamualaikum wbt dan salam revolusi. I'lam.

Benda ni pernah dibunuh dulu, tapi tiba-tiba ligat disebar balik. Status halal sos HP ditarik balik.
Bukti bergambar yang didakwa surat dari JAKIM kepada Tesco Stores Sdn Bhd:

Aku tak percaya surat ini betul. Kenapa?
  1. Namanya ditulis 'tObasco' sedangkan orang putih panggil 'tAbasco'. Takkan typo kot. Kantoi. Terus aku was-was. Ada lagi ke orang tulis surat rasmi "PER:". Ini format lama ni.
  2. Panggilan 'Puan', tapi untuk perhatian ' ENCIK Shahaliza Shaik'. Ikut format surat rasmi, kalau umum, tulislah 'Tuan/Puan'. Lagipun kat atas alamat tu tulis nama orang dan jawatan. Bukannya terus pi nama kompeni Tesco. Kantoi lagi.
  3. Siapa Hajah Azizah Binti Che Hassan? Apa jawatan dia? Test tengok kat sini takdak pun entiti bernama Hajah Azizah Binti Che Hassan. Kalau cari kat Google pun atas sekali nama cikgu. Lagi satu, kena tulis nama jawatan, baru letak bagi pihak (b/p). Aigoo
  4. Format letterhead meragukan. Siap ada kaler lagi. Biasanya kalau surat notis macam ni bukan hitam putih je ke? Apsal ada logo 1M lak? Patutnya logo Halal bulat tu.
  5. Tengok background. Surat notis macam ni mana ada background logo macam Halal tu. Tengok kat letterhead. Ada nampak macam logo bulat. Nampak tak? Pastu ada garisan macam ada tulisan 'PAU' or something. Ape bende tu? Overall surat ni nampak terlalu softcopy.
Nak meyakinkan pun, buatlah macam ni:

Surat tu sendiri dah meragukan. Malas lak nak check isi surat tu. Benda ni dah timbul dulu (contohnya check kat sini atau sini. Tapi...)


2 comments:

ieta mat saad said...

Hajah Azizah Binti Che Hassan adalah Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada tahun 2014.
Ya, memang Jabatan ini masih menggunakan PER kerana ini JABATAN KERAJAAN. Saya salah seorang pekerja di bawah JAWI

ieta mat saad said...

Maaf, saya merujuk semula kpd Memo dari Jabatan. Memang tiada perkataan PER tertera. JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI) berada di bawah JAKIM. Besar kemungkinan Hajah Azizah ini dahulu bekerja di bawah JAKIM dan telah bertukar ke JAWI. Wallahu a'lam bis sowab...

Post a Comment

I stand corrected.