Pages

20130227

Berhati-hati Dengan Panggilan +375, +371 atau 081

Assalamualaikum wbt. I'lam.

Baru-baru ni tersebar isu nombor yang pangkalnya +375, +371 atau 081 yang dikatakan jika membuat panggilan ke nombor-nombor tersebut, anda bukan sahaja dicaj sebanyak $15-$30, bahkan juga semua maklumat akaun bank dan senarai contact akan disalin dalam masa tiga saat. Contoh sebaran berita tersebut seperti di bawah:

Betul atau tidak?
Contoh matan berita:
[Ada orang yang menerima panggilan dari +375602605281, +37127913091 atau sebarang nombor yang bermula dengan +375 atau +371 atau 081, hanya satu deringan dan terus putus dengan meninggalkan pesanan "missed call". Jika anda membuat panggilan semula ke nombor tersebut, anda akan dicas sebanyak $15-$30, dan semua senarai contact akan disalin dalam masa 3 saat. Jika anda mempunyai maklumat akaun bank dalam telefon pintar anda, mereka boleh menyalinnya. Kod +375 dari Belarus dan kod +371 dari Latvia. Jangan jawab atau panggil balik nombor-nombor tersebut. Tolong hantar dan kongsi maklumat ini dengan rakan dan keluarga anda]
Benar atau tidak perkhabaran ini memanda mentri?

Separuh benar Tuanku. Berita ni sebenarnya terjemahan dari bahasa Inggeris dengan sedikit penambahan. Contoh matan:

People have been receiving calls from +375602605281, +37127913091 or any number starting with a +375, or +371 number.
One ring & and they hang up, leaving a missed call message. . If you call back it's one of those numbers that are charged $15-$30 & they can copy your contact list in 3 sec. If you have bank or credit card details on your phone, they can copy that too. +375 is from Belarus and Afghanistan.. 371 is code for Latvia...
Don't answer or call back.
Please FORWARD AND SHARE this to your friends and family.

Perbezaannya cuma pernambahan nombor 081 dalam senarai nombor yang terbabit.

Sebenarnya ia dah diselidik oleh beberapa laman web yang menumpukan kepada pengesahan artikel dan khabar yang disebarluas. Umpamanya snopes.com dan juga hoax-slayer.com. Kesemuanya menafikan kebenaran berita ini. Yang dikatakan separuh benar ialah bila anda menelefon orang, dan orang menjawab telefon tesebut, memanglah kena caj. Tetapi kadar panggilan berbeza-beza mengikut lokasi dan penyedia khidmat telefon pengguna. Tengok dalam matan bahasa Melayu kat atas, kadar telefon langsung tak diubah ($15-$30), bahkan mengekalkan simbol matawang ($ berbanding RM). Sila rujuk laman tersebut untuk maklumat lanjut. Tak payahlah nak tulis panjang-panjang sebab dah ada yang beri komentarnya.

Sekian. Terima kasihan.



No comments:

Post a Comment

I stand corrected.